Aku rindu sekolah (Part 1)

10/21/2015 11:55:00 pm

Assalamualaikum and hello everyone!

For this month, almost everyday i want to update a new entry. haha maybe because i'm feel so boring with staying at home only without doing anything. yeah! i always try my best to improve my english even sometimes i think it's really broken in my sentence. but its okay, i will learn from my mistakes. from my mistakes, i will be a better person right? i think it is my fault because i didn't study well in english while i'm in school. but! practice make perfect :)


Just look at the tittle. hmmm what do you think about it? yes, i really miss the moment while i'm in secondary school. it such a best memory ever i think. okay, i don't know how to write in english so, i decide to write in malay haha.


Kenapa aku rindu suasana belajar dekat sekolah? sebab hanya itu kenangan yang aku ada sampai ke hari ini. aku teringin juga nak belajar macam yang lain tapi, aku tak berpeluang. aku percaya bila tiba masanya aku juga akan dapat sambung belajar macam kawan-kawan yang lain. bukan rezeki aku buat masa sekarang untuk aku belajar. aku percaya Allah akan bagi aku belajar juga satu hari nanti. okay, next aku tak nak fikir benda yang menyedihkan aku macam ni. biar aku ceritakan apa yang aku rindu tentang sekolah.


Aku paling rindu saat mula-mula aku jejakkan kaki dekat sekolah menengah. Ya Allah setiap kali ingat memang air mata rasa nak menitis. sebab, waktu aku naik sekolah menengah tak ramai yang nak kawan dengan aku dan aku rasa aku terhegeh-hegeh nak kawan dengan semua orang. but it's okay for me :) aku teruskan perjalanan aku sepanjang tingkatan aku tu. macam-macam benda yang aku lalui sepanjang tahun tu. baru aku tahu, walaupun aku sekolah tu kampung tapi cara berpakaian dah macam budak-budak di bandar. dan aku masih dengan cara kampung aku. orang pandang dari segi paras rupa tau masa aku masuk sekolah tu. ya, memang sedih tapi apa nak buat. tapi, di sebabkan semua tu aku cuba belajar dengan bersungguh-sungguh dan aku buktikan yang aku berjaya! entah kenapa walaupun tahun tu banyak tinggalkan kenangan pahit tapi, itu yang mendewasakan diri aku.


Yang kedua, aku tersangat rindu zaman aku mula-mula kenal apa itu facebook. what? yaa, aku kenal facebook masa tingkatan 2. masa tu sekolah aku terlalu ramai yang dapat bantuan notebook 1 Malaysia. Alhamdulillah aku terpilih di antara mereka semua juga. bermula dari situ, aku mula nak kenal dunia luar melalui facebook dan kenal dengan ramai orang. dan pada tahun tu jugak, aku tutupkan telinga dan biarkan apa orang nak kata tentang aku. so far, sepanjang tahun tu aku just happy dan lalui hari-hari dengan ketenangan. sebab aku terlalu leka dengan facebook aku. masa inilah di mana aku jatuh dan pelajaran aku tersangat merosot. nak menyesal tak guna dah rasanya.


In Shaa Allah nanti akan sambung lagi untuk tingkatan 3, 4 dan 5. sebenarnya, semua orang mesti rindu zaman sekolah dia kan? mestilah rindu sebab masa sekolah lah kita belajar banyak benda baru tentang kehidupan di peringkat awal. dekat situ juga, kita kenal mana satu kawan dan mana satu lawan. kita belajar menghargai walaupun benda tu kecil di mata kita. kiranya semua kita belajar di sekolah.


Melalui sekolah juga, kita tahu macam mana nak mencorak diri sendiri. macam-macam yang kita lalui dekat sekolah. walaupun bagi aku, semuanya hanyalah permulaan bagi sebuah kehidupan sebenar. bila dah habis sekolah, kita akan lebih kenal dengan dunia lagi. mungkin kita akan lupa apa yang pernah kita belajar tentang kehidupan waktu sekolah dulu. tapi ingatlah, tak semestinya kita pernah lalui kenangan pahit waktu remaja di sekolah, kita akan selamanya dalam kesedihan. NO! bangkitlah.


Aku bukannya apa cuma, aku terlalu rindukan sekolah. rasa sayang nak tinggalkan sekolah. rasa sayang nak simpan uniform sekolah dan sayang semuanya tentang sekolah.


Sekian, wassalam.

You Might Also Like

0 budak comel