I'm Back!

5/06/2017 01:57:00 am

Rindunya nak menulis blog. Ya Allah lama betul aku tinggalkan blog ni sejak final exam haritu. Maklumlah sibuk sikit, banyak benda nak kena uruskan sejak akhir-akhir ni. Emm sejak semalam aku asyik throwback gambar zaman sekolah je. Maybe sebab terlalu bosan, tu yang aku throwback sampai tak ingat dunia hahaha. Okay, dekat blog ni last aku buat throwback ehh dengan spam beberapa gambar.


Mula-mula, aku nak letak lah gamabr-gambar masa dekat sekolah lama. haishh masa dekat sekolah lama aku masih lagi gaya ala-ala budak sekolah yang comot. Saksikanlah hahahaha :)


Masa form 3 pegi rombongan lepas PMR

Kelakar sangat ni hahaha

Hari sukan dekat sekolah dan aku uruskan bahagian hadiah macam tu lah

Sambutan hari raya dekat sekolah





Masa form 4, aku pindah sekolah lain. Pindah sekolah yang dekat dengan rumah aku. Sedih laaa sebab tinggalkan kawan-kawan dekat sekolah lama. Tapi, Kawan-kawan dekat sekolah baru pun best jugak tau! Okay :)


Last day cikgu Sahli as a practicum at our school

Ini pulak cikgu Aina.

Ni masa form 5 pergi pesta buku




Tak sanggup pulak nak menayang banyak-banyak muka zaman sekolah dulu. MashaAllah lain bebeno muka masa sekolah dulu. Tapi tetap rindu tau dengan kenangan masa sekolah dulu. Rasa taknak membesar dan terus stay je belajar dekat sekolah. Rindu semuanya tentang sekolah sampaikan aku rindu nak belajar Addmath huhu. Yang pasti kenangan masa sekolah, satu kenangan yang memang tak boleh dilupakan sampai bila-bila pun. 

Memang bila dah semakin dewasa ni, perasaan rindu nak balik zaman sekolah tersangatlah terasa. Rindu nak belajar dalam kelas, nak buat bising dalam kelas sampai kena panggil dengan cikgu disiplin, tak siap kerja sekolah lepastu berdirilah sepanjang cikgu mengajar. Macam-macam lagi lah zaman sekolah dulu. Tapi dalam banyak-banyak denda, aku tak pernah kena denda dengan cikgu Kimia sebab aku siapkan semua homework dia hahah. Denda dia special sikit tau sebab, kalau kau tak siap nota kau kena baling buku nota sampailah buku tu sampai dekat pondok dekat blok lower 6. Kalau tak siap latihan pulak, kenalah mencangkung dekat meja belakang. hahahaha denda paling rare sepanjang sekolah.

Masa form 3 pulak, aku pernah kena marah gila-gila dengan cikgu Math sebab aku tak faham satu tajuk ni. Sampaikan satu kelas terdiam masa tu bila aku kena marah. Tapi di sebabkan cikgulah, aku boleh dapat B daripada keputusan sebelum ni yang gagal. Sayang sangat dengan cikgu sebab cikgulah yang buat semangat nak belajar sungguh-sungguh untuk PMR dulu.

Form 5 adalah zaman di mana aku rasa nak putarkan balik semuanya. Kalau boleh aku tak nak habis sekolah tau masa tu. Ohh ya, aku dapat cikgu yang orang kata tersangatlah garang jadi guru kelas wehh. Sumpah memang garang sangat-sangat cikgu. Pernah dia suruh buat 10 pendahuluan karangan tapi dalam bentuk yang berbeza dan pagi esok mesti siap. Matilah mencari buku untuk siapkan jugak masa tu. 

Macam-macamlah lagi yang jadi masa sekolah dulu. Kalau ada masa, aku nak ceritakan lagi. Tapi nak cakap banyak kali boleh tak yang aku rindu sekolah. Even aku tahu memang tak dapat pun nak balik ke zaman sekolah dulu. Okay lah, bye! :)

You Might Also Like

0 budak comel