Selamat Hari Jadi 3 girls triple A

12/26/2017 01:23:00 pm

Assalamualaikum :)


Dah hampir dua bulan barulah ada masa nak sambung tulis pasal birthday party haritu. Okay, tahun ni macam biasa lah aku mesti nak sambut birthday dengan family dan jugak bestfriend aku kan. So, bulan 10 haritu masa cuti midsem barulah berkesempatan nak sambut birthday. Dan memandangkan aku dan dua orang lagi kesayangan aku ni birthday pun dekat-dekat, thats why lah kitorang sambut sekali. 

But still aku paling tua antara dorang berdua tau. Sebab aku lahir 28/9 dan dorang kongsi tarikh lahir 13/10. So sweet dan sumpah aku jealous hahahaha. Tahun ni macam tak terasa pun yang birthday aku macam lambat. Rasa macam cepat je tetiba dah sampai dah tarikhnya lepastu sekarang ni dah nak habis dah pun tahun 2017. How times fly so fast without we know what we're doing now.




On that day ataupun masa hari kejadian hahaha. Bagi aku lah kan, aku ni dengan penuh pengharapan lah tudung aku tengah pakai tu akan on point. Ye lah kang nak selfie contohnya tak cantik. Ya Allah pemikiran aku sentiasa macam ni hokey setiap kali nak keluar hahahaha. Kebetulan masa tu tudung memang buat aku mengamuk. Nasib baik my two girls ni sentiasa membuat sis bahagia. Kalau tak meletuplah aku pada hari tu. 

Tak menariklah cerita pasal tudung. 

Actually kitorang rancang lain dan benda yang jadi lain. Nampak sangat plan last minute barulah menjadi. Memula punya rancangan nak buat potluck lah lepastu entah aku dah terlupa. (maaf semua) lepas tu tukar-tukar terjadilah apa yang jadi pada hari tu. Jap bagi aku spam gambar dulu sebab aku takde idea pulak dah.




 



Acah sangat masa ni. hahahaha

muka tak boleh nak rileks masing-masing



Azian & Anida

Apa anda sedang lakukan ni wahai Azian?

Okay cukuplah kot aku letak gambar-gambar ni semua. Kang letak banyak-banyak korang muntah pulak nak tengok. Allahu sedih pulak sis rasa. Dah lah drama pulak aku ni kannn.

Tak tahu lah nak cakap apa. Tapi nak berterima kasih sangat-sangat dekat korang sebab sudi sambut birthday kita sama-sama. Yeayy! Even ada kekurangan tapi bila ada dengan korang rasa semuanya lengkap. Cehh ayat aku tak boleh blah laa. Yee laa aku kan suka buat ayat cenggini.

Terima kasih banyak-banyak kepada sesiapa yang wish birthday haritu. Jangan risau, korang sentiasa dalam ingatan aku tau kepada yang wish tu. Terima kasih jugak kepada semua yang bagi hadiah untuk birthday tu. Hadiah yang korang bagi semuanya aku simpan tau. hahaha.

Busy sangat sekarang ni sampai kan nak tulis kat sini pun asyik bertangguh aje. Berbulan lah tergendala macam tu aje post ni. Ingat nak ulis panjang-panjang tapi tak ada idea. Ya Allah ke manalah idea yang sebelum ni terlalu banyak. Cukuplah sampai sini. Taktau nak merepek pebenda lagi ni.



Bye!

You Might Also Like

0 budak comel